Total Pageviews

Saturday, September 3, 2011

Raye sakan with my BF

 aku dan mtz..sahabt sejati smpai ble2..hehe
 Aku and zack( jejaka pling hensem dlm area KT..haha)
 ni time rmh awek mtz.. mtz malu2 je..hehe.. pakai baju same 2 tp saiz je lain..tgk body la..
 Aku.mtz,zack n megat..setahun sekali dpt bergambar cmni..hehe..hrp2 kekal sampai ble2..
 sape lagi hensem?haha
 Nk beli wallet levis..tp xckup duit..hehe..lain kali je la..
 Dapat amek gmbr depan butik ZARA pn jd la..hehe
 Sape pling cute?hehe
Aku ngn Taha..tgh plih suar raye..hehe

Thursday, July 7, 2011

Kelebihan Bulan SYAABAN

SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit..

Wednesday, July 6, 2011

Kita biasanya tercari-cari kekuatan. Saya yakin, semua manusia mencari kekuatan. Tetapi, persoalannya, walaupun kita tahu sumber kekuatan kita adalah ALLAH, tetapi tubuh kita agak berat untuk bangun mendekatinya. Akhirnya, malas akan menerjah, lemah akan datang menjengah.Saat-saat ini, adalah saat-saat yang sukar. Biasanya, ramai insan bila melalui fasa ini dia akan tumbang dan jatuh tanpa bangkit kembali. Saat-saat ini ibarat avalanche yang turun dari gunung salji yang tinggi, ibarat tsunami yang menghentam dengan kedasyatan yang tak terperi.

Tetapi mu’min yang percaya dan yakin akan adanya hari untuk dia bertemu dengan ALLAH, akan sentiasa berusaha untuk berdiri. Kerana hatinya sensitif. Hatinya tidak boleh duduk diam tanpa berusaha mendekati ALLAH. Hatinya akan gusar bila hubungannya dengan ALLAH lemah.Hati yang sebeginilah yang membuatkan hentaman tsunami pun gagal untuk menumbangkan seorang mu’min.Saya teringat sahabat Rasulullah bernama Anas bin Nadhr. Ketika peperangan Uhud berkecamuk, apabila berita palsu mengenai Rasulullah telah mati terbunuh, ramai para sahabat duduk meletakkan senjata. Semangat untuk bertempur sudah hilang. Apabila Anas bin Nadhr melihat sahabat-sahabatnya berkelakuan sedemikian, maka dia bertanya,

“ Kenapakah kalian sebegini?”
Sahabat-sahabat menjawab lemah, “ Rasulullah telah terbunuh, maka apa gunanya kita meneruskan perjuangan?”

Anas bin Nadhr melaung, “ Kalau Rasulullah telah terbunuh, maka apa guna lagi kita duduk-dudk sebegini? Lebih baik kita mati mengikutinya!”Terus sahabat ini menggempur musuh, sehinggalah dia syahid dalam keadaan hancur tubuhnya, sehingga tiada siapa yang dapat mengecam dirinya adalah Anas bin Nadhr kecuali sepupu perempuannya yang mengenalinya melalui cincin yang masih tersemat pada jarinya.Orang ini nampak matlamatnya, jelas pegangannya dan semangatnya menggunung tinggi. Tiada dia tewas dengan dugaan, walau dugaan itu amat berat. Dia mempunyai hati yang kuat, sensitif, peka, yang tidak jatuh walau diserang guntur, yang tidak hancur walau dipijak. Hatinya itulah yang membuatkan seorang Anas bin Nadhr tidak terencat pemikirannya pada saat-saat genting. Akhirnya dia mendapat kemenangan, kemenangan hakiki di sisi TUHAN.

Dalam pencarian kita kepada kekuatan, maka hendaklah kita bina dahulu hati yang sensitif dan peka. Hati yang boleh memberitahu kita bahawa kita sedang lemah, hati yang boleh menegur kita jika kita tersilap langkah. Hati yang dahagakan air iman, hati yang rindukan mandian ketaqwaan.

Hati seorang HAMBA.
Jika anda mempunyai hati ini, maka anda tidak akan lagi gusar. Anda seakan-akan mempunyai penggera keselamatan yang akan berbunyi jika ada kekotoran yang menyerang atau menceroboh kehidupan kita.
Apa kata kita mula mencari tarbiyyah itu.Supaya kita boleh mendapatkan hati peka dan sensitif seperti yang saya katakan ini.Supaya kita akan menjadi sukar untuk lemah.

“Ketahuilah bahawa, dengan mengingati ALLAH itu, hati-hati akan menjadi tenang”

Sunday, February 20, 2011

Makanan Terengganu..

 kopok lekor..wajib makan wei..hehe
 ni adalah laksa terengganu.. tp yang paling kalo makan dengan kuah merah..pedas..
 nasi dagang..salah satu makanan wajid untuk orang terengganu..
 nekbat..makanan ni xsume org kenal kot..mungkin jgk ade sesetengh kita xpnh degar pn apth lagi makan..
 pulut panggang.. ni pn saalh satu makanan terengganu
satar...tipu la kalo kita xknl mkanan ni kan..hehe.. best.. satar ni xsama ngn negeri lain..special..

Saturday, February 12, 2011

Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini

Batu Bersurat.

The Batu Bersurat, Terengganu or Inscribed Stone of Terengganu constitutes the earliest evidence of Jawi writing (writing based on Arabic alphabets) in the Malaya Muslim world of Southeast Asia. The Stone is a testimony to the spread of Islam offering an insight to the life of the people of the era as well as depicting the growing Islamic culture subsumed under a set of religious laws.